Wednesday, March 25, 2009

Pesta Tanglung




Pengenalan

Tanglung merupakan perayaan tradisional Cina yang jatuh pada hari ke 15 di kalendar lunar pertama, 14 hari selepas Tahun Baru Cina (sekitar penghujung Januari dan awal Februari). Perayaan ini adalah menandakan berakhirnya sambutan Tahun Baru Cina. Perayaan Tanglung juga dikenali sebagai Yuanxao Jie.

Lagenda

#
Terdapat pelbagai jenis cerita rakyat dan sejarah yang dikaitkan dengan perayaan tanglung. Antaranya ialah:
#

Mula diraikan sejak pemerintahan Dinasti Han (206 Sblm Masihi - 221 Slps Masihi). Dipercayai juga festival ini berasal dari ajaran Taoisme. Tradisinya, mereka akan menyediakan makanan tradisional sebagai tanda menyambut perayaan Tanglung.

Pada malam perayaan, orang ramai akan keluar ke jalanan untuk bermain Tanglung di bawah sinaran bulan, menyaksikan tarian singa dan naga, membakar mercun dan bunga api, meneka tulisan yang tertulis di tanglung serta permainan-permainan lain.
#
Permainan meneka tulisan di tanglung amat popular sekali. Mereka akan meneka teka-teki yang tertulis di kertas tanglung. Permainan ini akan berlanjutan sehingga lewat malam perayaan Tanglung.

Maharaja Jade di syurga kononnya naik berang apabila manusia membunuh angsa kesayangannya. Untuk membalas dendam, Maharaja Jade ingin membakar kota itu namun rancangannya diketahui sang pari-pari. Beliau menyuruh semua penduduk kota agar menyalakan Tanglung mereka. Maharaja Jade menyangka kota tersebut telah terbakar kerana cahaya lampu tanglung yang terang itu dan membatalkan serangan ke kota tersebut.

Pesta Tanglung dikenali juga sebagai Hari Valentine Cina. Pada zaman dahulu, wanita dan lelaki tidak berpeluang untuk bebas berjumpa. Mereka menjadikan festival Tanglung peluang untuk mencari pasangan hidup. Mereka bermain permainan Tanglung untuk mencari pasangan yang paling sesuai dengan mereka

Pesta Tanglung pula mengikut kepercayaan masyarakat Tionghua beberapa ribu tahun lampau ialah sebagai tanda arah kepada tetamu dan roh-roh datuk nenek moyang mereka yang telah pergi lebih awal, menunjuk mereka arah ke pesta yang diadakan. Selepas tamat jamuan lima belas hari itu, roh-roh itu akan ditunjuk arah pulang ke dunia mereka melalui lampu-lampu tanglung yang digantung.

Kepercayaan

Makanan paling popular untuk festival Tanglung adalah Yuanxiao. Sesetengah tempat memanggil makanan ini dengan nama Yuen Siu atau Tong Yuen. Dipercayai nama Yuanxiao adalah bersempena dengan nama gundik istana Maharaja Wu pada zaman Dinasti Han.

Yuanxio:Yuanxiao adalah sejenis adunan bebola yang direbus dan dikukus berisikan inti manis, daging ataupun buah-buahan. Ia diperbuat daripada tepung beras, dimasak dalam sup dan sayuran dan daging. Bentuk bulat menandakan simbol kesatuan keluarga, kesempurnaan dan kebahagian.






Rujukan:http://www.ppas.org.my/Pameran%20Maya/Tanglung/Pengenalan.htm

No comments:

Post a Comment